Kaedah membuat swaging dengan jenis skru
a)
Pastikan hujung tiub yang hendak di swaging dilulas dahulu.
b)
Masukkan tiub pada bar pengembang mengikut saiznya. Jarak
hujung tiub hendaklah sama dengan garis pusat tiub, ditambah 4mm melebihi bar
pengembang.
c)
Ketatkan bar dan pegang dengan tangan atau ragum meja.
d)
Masukkan muncung swaging yang telah terpasang ke bar
pengembang.
e)
Ketatkan swaging sehingga muncungnya yang bergaris pusat sama
dengan tiub masuk ke dalam tiub.
f)
Titikkan minyak pelincir pada bahagian muncung swaging yang
sama dengan garis pusat tiub itu.
g)
Ketatkan swaging sehingga hujung tiub mencecah hujung muncung
swaging itu.
h)
Longgarkan swaging dan tanggalkan tiub dari bar pengembang.
2.0 Mengembang Paip
Tembaga (Flaring)
Kaedah sambungan
tiub kuprum cara kembang (Flaring) adalah sangat penting jika sambungan yang
kuat dan tidak bocor dikehendaki. Ia memerlukan pasangan untuk melengkapkan
pada nat.Mengembang tiub tiub kuprum memerlukan alat pengembang khas. Alat
pengembang mempunyai dua bahagian yang diperlukan, iaitu bar pengembang dan kun
pengembang. Biasanya, tiub yang dikembang adalah bersudut 45º.
Sambungan menggunakan kaedah flaring ialah pengembang
kembar. Bagi pengembang kembar, hujung tiub yang di kembangkan akan
dilipatkan semula pada tiub, menjadikan ketebalan kembangannya berganda.
Pengembang kembar adalah lebih kuat dan kurang menimbulkan masalah kebocoran.
Kebaikan sambungan pengembang kembar ini ialah dapat diketatkan berulangkali
tanpa menjejaskan ketebalan dan kekuatannya.
No comments:
Post a Comment