Jom Kita Mulakan..





JENIS-JENIS SAMBUNGAN PAIP TEMBAGA


1.0        PENGENALAN SWAGING

Swaging adalah proses menyambung dua tiub yang sama saiz secara menindankannya tanpa menggunakan pasangan. Dalam proses ini, satu hujung tiub akan dikembangkan, dan satu lagi akan dimasukkan ke dalam hujung tiub yang di kembangkan tadi. Sambungan ini akan disudahi dengan memateri atau mengimpal loyang.

Cara membuat swaging ialah dengan kaedah jenis skru. Perlu diingat bahawa, jangan membuat swaging di tempat yang bengkok atau terlalu dekat dengan sambungan kembang.. Sementara sambungan swaging yang terlalu dekat dengan sambungan kembang pula di khuatiri akan menyebabkan nat kembangnya tidak cukup ruang untuk ditanggalkan jika tiub tersebut hendak diletakkan pada bar.

Sambungan swaging adalah lebih kuat daripada jika dibuat dengan baik, terutamanya jika dikimpal loyang. Swaging juga boleh dibuat dengan penanda swaging. Penanda swaging terdapat dalam pelbagai saiz mengikut saiz tiub yang digunakan.



Proses membuat swaging dengan alat swaging jenis skru adalah lebih kurang sama dengan proses menggunakan alat untuk membuat pengembangan. Ianya terdiri daripada bar pengembangan dan bentuk kunnya di ganti dengan bentuk swaging dalam perlbagai saiz. Alat ini lebih baik jika dibandingkan dengan penanda swaging kerana ia dapat menghasilkan kerja yang lebih kemas dan tepat. Muncung swaging yang boleh ditukar ganti ini tidak akan terpusing semasa di putarkan. Dengan ini tiub tidak menjadi panas akibat geseran. 









No comments:

Post a Comment